loading...
Oleh Datuk Mahfuz Omar
1. Kenyataan pimpinan Umno Kedah serta Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Umno Kedah yang telah hilang kepercayaan terhadap Dato’Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar dan Pengerusi Umno Kedah suatu yang sangat tidak wajar pada suasana waktu dan ketika.
2. Saya tidak berhajat untuk menafikan hak mereka untuk berbuat demikian. Tetapi adalah tidak beradap dan biadap tindakan mereka itu dibuat di waktu negeri Kedah sedang meraikan perayaan Hari Keputeraan yang ke-88 KeBawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong.
3. Tindakan mereka telah mengganggu dan merosakan kemeriahan suasana sambutan hari keputeraan Tuanku Sultan dan telah merubah suasana kegembiraan kepada keresahan rakyat tentang pergolakan politik negeri Kedah. Sepatutnya pimpinan Umno Kedah menunggu selesai perayaan besar hari keputeraan sebagai tanda penghormatan KeBawah Duli Tuanku Sultan. Esok (hari ini) 21 Jan 2016 adalah hari kedua pengurniaan bintang dan pingat pingat kebesaran. Tiba-tiba hari ini (20 Jan) mereka persembahkan kepada Tuanku Sultan dan rakyat Kedah yang sedang dalam kegembiraan dengan suatu tindakan yang tak beradab.
4. Tindakan Umno negeri yang diketuai oleh Dato’ Bashah bersama Adun-Adun Umno Kedah yang tidak beradab dan tidak menghormati sambutan hari keputeraan KeBawah Duli Tuanku Sultan menjadikan tiada di kalangan Adun Umno Kedah yang layak untuk menjawat jawatan MB. Terpulang lah kepada Umno nak tukar Pengerusi Umno Negeri Kedah, tetapi tidak wajar mencetuskan isu ketidakpercayaan kepada MB Kedah selepas Titah Tuanku sempena hari keputeraan menerima lafas taat setia dari Dato’ Mukhriz selaku MB mewakili kerajaan dan rakyat Kedah. Tindakan Umno Kedah adalah suatu penghinaan terhadap Tuanku Sultan.
5. Kepada Perdana Menteri Najib saya mengharapkan tidak akan menambahkan lagi masalah kepada rakyat Kedah setelah lambakan masalah ketidakketentuan masa depan negara yang dicetuskan beliau. Yang dituntut oleh rakyat ialah beliau melepaskan jawatan PM.
SELAMATKAN DAN DAMAIKAN KEDAH DARULAMAN.
Datuk Mahfuz Omar merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
loading...
loading...
0 Response to "UMNO Kedah tidak beradab"
Catat Ulasan