loading...
Chiang Mai (Thailand): Empat budak dan seorang budak perempuan berusia antara lima bulan hingga lapan tahun mati ditetak oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental daerah Chai Prakarn Chiang Mai manakala ibu kepada tiga daripada kanak-kanak itu, cedera.
Menurut The Nation, lelaki itu, Asapa Siwua, 22, dibebaskan dari hospital di Chiang Mai sebulan lalu, masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau besar lalu menetak kepala dan leher kanak-kanak terbabit. Mereka dikenal pasti sebagai Wasant Sae Ying, Aaref Sae Ying, Singju Sae Ying, Hao Sang Sae Ying dan Theerawut Denwipailertlam.
Yikor Sae Jern, ibu kepada dua budak anak budak perempuan yang dibunuh, luka dari muka hingga ke telinga. Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor dan anak jirannya.
AP melaporkan, jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk berkata, lelaki itu menjadi berang dengan bunyi bising dari rumah jirannya iaitu rumah mangsa lalu mengambil pisau sepanjang 47 sentimeter di dapur dan pergi ke rumah berkenaan dan membunuh kanak-kanak terbabit.
Tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa ditemui dalam rumah manakala seorang lagi ditemui berhampiran pagar di luar rumah. Budak kelima mati di hospital.
Selepas melakukan pembunuhan itu, lelaki berkenaan masuk ke dalam rumahnya dan penduduk kemudian mengepung rumah berkenaan.
Apabila polis tiba dan membawa keluar lelaki itu, penduduk menyerangnya hingga dia cedera.
loading...
loading...
Related Posts :
Pengakuan Jujur Seorang Penghuni Tanjung Rambutan... Yang buat Ramai Pembaca Terharu..Apabila Doktor Tanya Bagaimana Dia Jadi Gila... Seorang doktor bertanya kepada pesakitnya: Bagaimana awak boleh jadi gila? Pesakit itu pun menjawab: Beberapa tahun lalu saya menikah den… Read More...
(5 FOTO) Inilah Gambar Terkini Nasha Aziz Yang Memukau Ramai, Dipuji Semakin JelitaInilah Foto Terkini Nasha Aziz Yang Memukau Ramai Nasha Aziz merupakan antara pelakon seangkatan Erra Fazira, Ziana Zain, Awie, Azhar Sula… Read More...
6 kaedah untuk elakkan pembaziran di bulan Ramadhan Bulan Ramadan sering dijadikan sebagai bulan berbelanja, sama ada membeli belah di bazar untuk berbuka, ataupun persiapan perayaan yang se… Read More...
(5 FOTO) Inilah Gambar Terkini Nasha Aziz Yang Memukau Ramai, Dipuji Semakin JelitaInilah Foto Terkini Nasha Aziz Yang Memukau Ramai Nasha Aziz merupakan antara pelakon seangkatan Erra Fazira, Ziana Zain, Awie, Azhar Sula… Read More...
Wanita Ini Kongsikan Tip Untuk Habiskan 30 Juzuk Al-Quran Sepanjang Bulan Ramadhan Ini. Mohon Kongsikan Tip Ini...Assalamualaikum semua.. Semoga semua nya sentiasa dalam rahmat Allah ya. Memandangkan Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya ing… Read More...
0 Response to "[7 FOTO] NGERI ! Hanya Kerana Membuat BISING, Lihat Apa Yg Terjadi Pada 5 Kanak² Ini"
Catat Ulasan