loading...
Semalam saya menyaksikan 'kehidupan biasa' di pendalaman Sarawak yang bagaimana seorang pesakit tenat dibawa, dijunjung, diangkat, dipikul dan dinaikkan ke atas bot ekspres untuk dibawa dari kawasan pendalaman Kapit ke bandar Sibu.
Adalah menjadi perkara yang biasa bagi mereka yang pesakit tenat dibawa dari rumah panjang menaiki kereta pacuan empat roda menempuh perjalanan selama 6 jam melalui jalan balak (laluan lori balak) yang kemudiannya menaiki bot panjang selama 4 jam di atas perahu. Selepas itu perjalanan disambung pula dengan bot ekspres selama 3 jam hanya untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan.
Pesakit dibawa oleh ahli keluarga menaiki bot express, diiringi seorang jururawat (baju dan seluar putih). Saya amat menghargai peranan jururawat di pendalaman. Cabaran mereka amat besar. |
Ironinya, harga untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan ini jauh lebih mahal dari kos rawatan di hospital swasta terkemuka di Kuala Lumpur.
Dalam situasi kecemasan, ini adalah harga yang perlu dibayar dan tidak dapat dielakkan oleh waris pesakit atau pesakit itu sendiri.
- Harga sewa kereta pacuan 4 roda adalah di antara RM700 - RM900.
- Bot panjang RM200 - RM300
- Sewa bot ekspres pula RM70.00.
Pesakit tenat dibaringkan di kerusi dalam bot ekspres yang penuh sesak dengan penumpang. Jururawat mengatakan keadaan lebih jika pesakit mengalami masalah "spine" atau retak tulang, dan perlu tempat khas.
Ini adalah satu perjalanan yang cukup menyeksakan. Inilah gaya hidup warga Kapit yang dipinggirkan dari kemajuan dan pembangunan. - Madeline Berma | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "'Kos Membawa Pesakit Ke Hospital Saja RM1,000!'"
Catat Ulasan