loading...
Belum pun 24 jam berlalu seusai sidang media menggesa Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah, laman portal pro UMNO, MYKMU.NET menamakan tiga individu sebagai calon menggantikan anak Tun Mahathir Mohamad itu.
Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah; Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin; dan Adun Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini Lapar disebut sebagai calon Menteri Besar yang baharu, setelah majoriti Ketua Bahagian UMNO membuat keputusan mahu petukaran kepimpinan UMNO negeri.
Dari tiga nama itu, MYKMU.NET menjangkakan Ahmad Bashah dilantik Menteri Besar.
“Berdasarkan isyarat politik penukaran Menteri Besar Kedah ini dijangka akan mendapat perkenan Istana Kedah dengan baik dan tertib,” menurut portal itu.
Pada 31 Julai lalu, MYKMU.NET telah menerbitkan makalah yang menyatakan Mukhriz dan Datuk Seri Adnan Yaakob akan digugurkan.
Sementara itu, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata kedudukan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah pada ketika sidang DUN Kedah tidak bersidang tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah, memandangkan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Hakim Mu’adzam Shah ketika ini sedang menduduki jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
“Buat masa ini, kita kena tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya,” kata beliau, lapor BERNAMA.
Video Ucapan Tun M Pemimpin UMNO Bodoh
loading...
loading...
0 Response to "Mukhriz Di Pecat Dan Di Ganti Dengan Calon MB Nampak Segak dan Bijak...Kata Anda?"
Catat Ulasan