loading...
PERKASA mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan semua jawatan penasihat dan duta khas bertaraf menteri dalam pengubahsuaian semula Bajet 2016 yang akan dilakukan 28 Jan ini.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, menambah amalan bekas kakitangan tinggi kerajaan dilantik ke jawatan penting sehingga memegang dua hingga tiga jawatan juga perlu dihentikan.
“Apa perlunya mereka dilantik bertaraf menteri untuk tujuan tertentu kononnya untuk tarik pelabur. (Perkara ini) tidak perlu kerana dah ada MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
“MITI pun dah ada dua timbalan menteri. PERKASA lihat tidak perlu (penasihat dan duta khas) kerana sudah ada 36 menteri jadi apa perlu (mereka) untuk negara-negara tertentu.
“Ada MITI diluar negara, Matrade, ada kedutaan..dekat kedutaan ada pegawai urusan perniagaan. Mereka menerima gaji bertaraf menteri. Ada pejabat yang saya kira ianya membazir wang rakyat,” katanya pada sidang medianya di ibu pejabat Perkasa.
Ibrahim yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, perbelanjaan untuk menanggung penasihat dan duta khas bertaraf menteri juga bukannya sedikit dan memerlukan jumlah yang besar.
Katanya, sekiranya jawatan penasihat dan duta khas itu dimansuhkan, rakyat akan merasa tenang apabila diminta mengikat perut kerana mencontohi pemimpin kerajaan.
“Saya cabar kalau kerajaan prihatin, tunjuk contoh dan tauladan. Kalau tindakan ini dibuat rakyat akan lega kerana rakyat suruh diikat perut,” tegasnya.
Beliau berkata, sekiranya pemerintah memerlukan khidmat mereka, kerajaan boleh membuatnya secara ad-hoc.
loading...
loading...
0 Response to "Duta Khas di Bayar Dengan Tinggi Menggunakan Wang Rakyat Yang Kini Ikat Perut..."
Catat Ulasan