SinarHairan

Satira ‘Bikin Filem’ Papar Realiti Proses Penerbitan Filem Tempatan

loading...

Tajuk: Bikin Filem
Tarikh Tayangan: 5 November 2020 (ASTRO FIRST)
Durasi: 68 minit
Genre: Komedi / Sindiran
Pengarah: Latif Zami
Pelakon: Azhan Rani, Sherry Al-Hadad, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Azrel Ismail, Mia Nasir, Mark Adam, Roy Azman, Erra Fazira, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Jasmin Hamid, Ucop, Kamarool Hj Yusoff.
Klasifikasi: U

Jarang-jarang industri filem tempatan dihidangkan dengan naskhah bersifat satira atau sindiran yang ditujukan buat sesetengah golongan.

Membawa kelainan, penerbit Bikin Filem, Empire Film Solution Sdn. Bhd. cuba memberikan gambaran yang jelas kepada peminat filem tempatan tentang bagaimana sesebuah filem itu dihasilkan sehingga ke produk akhir.

Pelbagai proses yang perlu dilalui sesebuah produksi penerbitan filem sebelum penggambaran dimulakan. Setiap aspek tersebut perlu diberi perhatian agar segala yang dirancang berjalan lancar.

Jika sebelum ini, penonton kita lebih menghargai barisan pelakon yang menjadi muka hadapan, kali ini perspektif berkenaan akan berubah apabila anda akan lebih menghargai pekerja belakang tabir yang turut mencurahkan idea dan tenaga bagi keberjayaan sesebuah filem itu.

Bikin Filem berjaya menyampaikan misi mereka dengan memperkenalkan watak-watak yang sinonim dengan penerbitan filem iaitu pengarah, pengurus produksi, pengarah fotografi, pengarah set, handy-man dan jurusolek artis.

Membawakan watak sebagai seorang pengarah bernama Rahim G, bakat Azhan Rani tidak perlu dipertikaikan lagi apabila dia dengan cemerlang memotretkan diri sebagai pengarah yang mengetuai pembikinan filem diterbitkan oleh watak Sherry Al-Hadad iaitu Khaty.

Selain Azhan, Amerul Affendi yang memegang peranan sebagai Penolong Pengarah turut memberikan lakonan yang cemerlang menerusi wataknya sebagai Along Khiridin. Mimik muka, gaya percakapan dan nada suara aktor ini sememangnya cukup ‘convincing’! Berilah apa sahaja watak kepada Amerul, pasti akan dapat disampaikannya dengan cukup baik!

Selain itu, karektor Sherry sebagai bekas bintang popular, Khaty yang bersikap diva diberikan dengan sepenuh penghayatan oleh aktres tersebut. Wataknya cukup memberikan tamparan buat sesetengah penerbit di luar sana yang berfikiran ‘asalkan aku ada duit, aku dah boleh buat filem’. Ia memberikan mesej mendalam yang mana untuk menerbitkan filem, seseorang itu perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang meluas mengenai selok-belok dunia penerbitan agar produksi mereka tidak ‘caca-marba’ di kemudian hari.

Secara keseluruhan, Bikin Filem mampu diangkat sebagai filem bersifat humor ringan / sindiran yang boleh dihadam oleh semua golongan peringkat usia. Secara tidak langsung, anda akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai skop kerja krew belakang tabir yang menjadi kekuatan untuk sesebuah filem itu.

Jangan lupa langgan Bikin Filem di saluran Astro First (480) untuk hiburan anda sekeluarga pada hujung minggu ini!

Sinopsis Bikin Filem:

Bikin Filem mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut. Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap krew, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan. – KopiPlanet.com

The post Satira ‘Bikin Filem’ Papar Realiti Proses Penerbitan Filem Tempatan appeared first on KopiPlanet.com.



from KopiPlanet.com https://ift.tt/2GEyGH6
via IFTTT
loading...
loading...

1 Response to "Satira ‘Bikin Filem’ Papar Realiti Proses Penerbitan Filem Tempatan"

  1. The Best Casinos in USA - APRCasino
    It is one gri-go.com of the worrione most well-known casino casinos, and it is owned and operated by the Rincon Band of aprcasino Luiseno Indians. 출장안마 There are over kadangpintar 100 different

    BalasPadam