SinarHairan

Emosi Masa Lalu Jadi Inspirasi Sophia Liana Luahkan Dalam MV Dulu

loading...

Penyanyi rap, Sophia Liana, 30, kini tampil dengan single terbaharunya berjudul Dulu yang telah dilancarkan sejak 9 Oktober lalu.

Lagu Dulu merupakan ciptaan bersama Sophia dengan komposer Fadzril Asyraf. Menampilkan bersama dengan muzik video (MV), MV Dulu dilihat cukup unik dan peribadi buat Sophia yang banyak mencurahkan emosi dalam penerbitan MV tersebut.

Sebagai perlambangan hitam putih kehidupan, video muzik ini digarap dengan dua elemen berbeza, warna hitam dan putih, ruang luas dan sempit, serta suasana malam dan siang. Menurut Shimy lagi, proses kreatif ini dan permainan ekspresi Sophia berupaya menterjemah maksud lagu ini secara visual dan memberi kesan emosi kepada penonton.

Mengulas tentang pendamping visual lagunya ini, Sophia berkata, “Saya harap menerusi video muzik ini, pendengar dapat mendalami mesej dan merasai emosi yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini.”

Sementara itu, bercerita tentang konsep yang diterapkan dalam video muzik ini, pengarah Shimy Latif berkata, “Secara ringkasnya, konsep video muzik ini adalah idea Sophia yang mahu memaparkan perasaan masa lalu dan masa kini.”

“Mengambil inti pati utama lirik lagu Dulu, dalam video muzik ini Sophia digambarkan sebagai wanita yang merenung kembali masa lalunya dalam perspektif yang lebih positif. Baginya pengalaman suka dukanya yang dahulu telah menjadikan dirinya yang sekarang. Lebih matang, kuat dan berkeyakinan.

“Bila saya mula-mula dengar lagu Dulu, saya membayangkan suasana yang tenang dengan pemandangan indah serta visual sedap mata memandang. Mempunyai pengalaman bekerja dengan Sophia dalam video muzik ‘Ngam’ sebelum ini, saya tahu Sophia berkebolehan untuk berinteraksi dengan kamera menerusi ekspresi wajah dan tubuhnya.

“Jadi setelah berbincang dengan Sophia dan Farhan Syaza (Pengarah Fotografi), kami memutuskan untuk memfokuskan kepada Sophia sebagai subjek utama. Tanpa efek visual yang melampau, kami berharap video muzik ini mampu menjadi muzik malar segar untuk tontonan di masa hadapan kerana tema yang diangkat dalam lagu ini kekal relevan sepanjang zaman,” kata Shimy.

MV Dulu boleh dilayari di saluran Youtube Sophia Liana bermula sejak 27 Oktober lalu. Single DULU boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer. – KopiPlanet.com

The post Emosi Masa Lalu Jadi Inspirasi Sophia Liana Luahkan Dalam MV Dulu appeared first on KopiPlanet.com.



from KopiPlanet.com https://ift.tt/3l2X7g5
via IFTTT
loading...
loading...

0 Response to "Emosi Masa Lalu Jadi Inspirasi Sophia Liana Luahkan Dalam MV Dulu"

Catat Ulasan