SinarHairan

Farhan Asri Rasa Insaf Lepas Jayakan Babak Kena Kafan

loading...

Pelakon yang kini sedang mencipta nama, Farhan Asri mengakui timbul rasa insaf dalam dirinya ketika menjayakan babak dikafankan dalam drama bersiri Menantu Tok Sintok yang kini masih dalam penggambaran.

Menerusi perkongsian di Instagram, Farhan menyatakan pengalaman membawakan babak tersebut secara tidak langsung menjentik hatinya supaya tidak terus leka dan sentiasa mengingati-Nya.

“Kematian bukan satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Namun mati itu pasti dan ia kekal menjadi rahsia Allah. Beginilah agaknya rupa wajah terakhir saya sebelum ke negara abadi. Perasaan sedih, tergamam, gemuruh, takut, gementar dan macam-macam lagi bermain di fikiran masa penggambaran drama Menantu Tok Sintok.

“Agak takut jugalah bila ada babak dikafankan. Watak Badrol yang saya bawakan ini benar-benar memberi iktibar dan keinsafan. Gila tak insaf bila tengok diri sendiri dikafankan. Jujur cakap saya belajar banyak benda dalam drama ini seperti mandikan jenazah, kafankan jenazah mahupun gali kubur,” tulisnya.

Ternyata babaknya dalam keadaan terbujur kaku dan sedang dikafankan membuatkan rata-rata pengikut berasa terkejut dengan perkongsian terbaharunya itu.

Menurut Farhan, membawakan watak utama sebagai Badrol dalam drama bersiri itu juga sememangnya memberi pengalaman dan cabaran baharu dalam hidupnya.

“Saya timba satu pengalaman baru yang tak pernah saya bayangkan dan tak mudah untuk dilakukan sebab pikul tanggungjawab berat kali ini. Ini antara salah satu babak yang perlu saya bawakan dalam drama Menantu Tok Sintok siaran Salam Hd tak lama lagi. Doakan semoga perjalanan karier saya dipermudahkan dan mendapat kepercayaan ramai.

“Terima kasih kepada penerbit Datuk A Aida sebab beri kepercayaan dan tidak dilupakan pengarah hebat Lizam Togel (Ujang) sebab selalu mencabar saya jadi lebih baik serta krew produksi yang terbaik,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Farhan Asri Rasa Insaf Lepas Jayakan Babak Kena Kafan appeared first on KopiPlanet.com.



from KopiPlanet.com https://ift.tt/3eu6cwb
via IFTTT
loading...
loading...

0 Response to "Farhan Asri Rasa Insaf Lepas Jayakan Babak Kena Kafan"

Catat Ulasan