SinarHairan

Dihanyut arus deras di Keningau, dua mayat kanak-kanak akhirnya ditemui

loading...
Mayat salah seorang mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat di pedalaman Tenom hari ini.
Dihanyut arus deras di Keningau, dua mayat kanak-kanak akhirnya ditemui

Keningau: Mayat dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang Isnin lalu akibat dihanyut arus deras di Sungai Liawan, Keningau ditemui di dua lokasi berbeza.

M enurut Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Keningau, Penguasa Bomba Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan, kedua-dua mayat dijumpai penduduk kampung yang tinggal berhampiran Sungai Pegalan.

"Mayat kedua-dua mangsa ditemui penduduk kampung yang tinggal berhampiran Sungai Pegalan pada petang Khamis.

"Mayat pertama yang dikenali sebagai Amber Lim, 4, tahun ditemui sekitar jam 2.15 petang oleh penduduk Sungai Pegalan berhampiran Kampung Jawa, Sumbiling, Tenom.

"Manakala mayat abang mangsa, Jason Lim, berusia 6 tahun ditemui penduduk kampung di Sungai Sigapon, Tenom pada jam 2.25 petang," katanya.

Menurut Yuszaimi, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

Pada pagi Isnin, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang dihanyut arus deras di Sungai Liawan, Keningau. Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dan adik perempuannya berusia 4 tahun hilang selepas kenderaan dinaiki bersama bapa mereka terbalik dan terhumban ke sungai.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dilaporkan sedang tidur di bahagian belakang kenderaan terbabit yang cuba melintasi jambatan yang dinaiki air susulan hujan lebat sejak Ahad lalu. Bapa mangsa terselamat dalam kejadian itu namun 2 beradik terbabit didapati hilang walaupun kenderaan itu ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian.

Pasukan Bomba dan beberapa agensi lain terlibat dalam misi pencarian sejak Isnin lalu dan hampir menemui jalan buntu sebelum akhirnya mendapat maklumat daripada penduduk kampung pada Khamis.

Sumber: Astro Awani
loading...
loading...

0 Response to "Dihanyut arus deras di Keningau, dua mayat kanak-kanak akhirnya ditemui"

Catat Ulasan