SinarHairan

Gara-Gara Gambar Bulu Ketiak, Ada Peminat Mahu Unfollow Azhan Rani Di Instagram

loading...

Gara-gara memuat naik gambar bulu ketiak di Instagram ternyata telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat pelakon popular Azhan Rani.

Menerusi Instagram miliknya, Azhan turut berkongsi mengenai seorang peminat yang mahu unfollow kerana gambar berkenaan.

“Sorry terpaksa unfollow sebab bulu ketiak,” komen seorang peminat yang telah ditutup namanya.

“Bersih-bersihlah sikit awak tu orang berlakon tunjuklah moral pembersih,” tulis seorang lagi peminat.

Selain memuat naik gambar komen-komen berkenaan, pelakon berkenaan turut menulis sesuatu di ruangan caption tersebut.

“Mungkinkah bulu tiak juga merupakan satu lagi pandemic? Dalam hidup ni bertemu dan berjodoh tu bukan semuanya logik pun. apa lagi berpisah dan bercerai berai.

“Orang yang dah kawin, orang yang tengah bercouple pun boleh bercerai berai, boleh clash apalagi setakat followers!” tulisnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Azhan Rani

The post Gara-Gara Gambar Bulu Ketiak, Ada Peminat Mahu Unfollow Azhan Rani Di Instagram appeared first on KopiPlanet.com.



from KopiPlanet.com https://ift.tt/3n0Pcke
via IFTTT
loading...
loading...

0 Response to "Gara-Gara Gambar Bulu Ketiak, Ada Peminat Mahu Unfollow Azhan Rani Di Instagram"

Catat Ulasan