SinarHairan

Suspek bakar gerai bundle di Ranau berjaya ditangkap.

loading...
Suspek berumur lingungan 40an, Semasa tangkapan dibuat, suspek didapati di bawah pengaruh alkohol. Beliau ditangkap sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ranau, di Jalan Ranau-Tambunan, dekat Kg.Kiaburi, kira-kita jam 7.40 malam pada hari yang sama. | Foto: PDRM IPD RANAU
Suspek bakar gerai bundle di Ranau berjaya ditangkap.

Seorang lelaki tempatan disyaki membakar gerai menjual pakaian terpakai di tiga lokasi berasingan di sini pada Sabtu, berjaya ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton, ketika memberitahu media pada Ahad berkata, semasa tangkapan dibuat, suspek didapati di bawah pengaruh alkohol.

TANGKAPAN… Suspek (kanan) di tangkap tepi jalan dekat Kg.Kiaburi

Katanya, polis turut merampas beberapa barangan daripada suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes kebakaran itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

“Dengan tertangkapnya suspek, pihak polis  telah berjaya menyelesaian kes ini dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Walaubagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan,” jelasnya

 DSP SAMMY NEWTON

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak lagi membuat sebarang spekulasi bekaitan kejadian itu.

Katanya, jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian, hubungi balai polis berhampiran.


Dalam kejadian pada Sabtu, tiga gerai menjual pakaian terpakai (bundle) di sekitar pekan Ranau, musnah dalam kebakaran.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 3 pagi berhampiran pejabat Bersatu, melibatkan tiga canopi milik seorang peniaga wanita. Kerugiaan dianggarkan RM35 ribu.


Kurang 18 jam selepas kejadian pertama, sekali lagi penduduk sekitar pekan dikejutkan apabila insiden sama berlaku di dua lokasi berasingan kira-kira jam 6.40 petang, dalam kawasan tugu 100 tahun dan jam 6.45 petang di belakang Pasar Besar Ranau.


Menurut polis, anggaran kerugian dialami pemilik gerai dalam kejadian kedua dan ketiga, masing-masing berjumlah RM5,100 dan RM9,230.



loading...
loading...

0 Response to "Suspek bakar gerai bundle di Ranau berjaya ditangkap."

Catat Ulasan