SinarHairan

Kes positif COVID-19 di Sabah meningkat kepada 82

loading...
Kes tertinggi berlaku di Lahad Datu dengan 23 kes dan diikuti Tawau dengan 16 kes.
COVID-19: Kes positif di Sabah meningkat kepada 82

Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 25 kes, menjadikan jumlah yang dijangkiti di negeri itu setakat ini 82 kes.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam status Facebook miliknya memuat naik statistik terbaharu berkenaan.

Menurut statistik itu, kes tertinggi berlaku di Lahad Datu dengan 23 kes dan diikuti Tawau dengan 16 kes.

Sementara, di Kota Kinabalu kes positif dilaporkan turut meningkat dengan 12 kes tetapi Kinabatangan kekal lima kes dan Sandakan turut merekodkan lima kes.

Manakala, Beufort, Kunak, Sipitang dan Tuaran masing-masing mencatatkan empat kes.

Daerah selebihnya pula hanya dua atau satu kes sahaja.

Terdahulu,pada Isnin, Sabah mencatatkan sebanyak 57 kes.


loading...
loading...

0 Response to "Kes positif COVID-19 di Sabah meningkat kepada 82"

Catat Ulasan