SinarHairan

Peniaga bundle di Ranau Rugi RM35 Ribu akibat perbuatan khianat

loading...
API MARAK…Canopi menjual pakaian terpakai terbakar awal pagi tadi
Wanita kerugian RM35ribu, khemah disyaki dibakar.

RANAU: Seorang peniaga wanita di sini kerugian RM35,000 selepas khemah (canopi) menjual pakaian terpakai musnah dalam kebakaran awal pagi tadi disyaki khianat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi yang berlaku di hadapan pejabat Bersatu (bekas pejabat Umno), pekan Ranau, khemah dan jualan hangus terbakar.


API MARAK…Canopi menjual pakaian terpakai terbakar awal pagi tadi

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton, ketika mengesahkannya berkata, mujur semasa kejadian, khemah tersebut tidak berpenghuni.

“Mangsa yang tampil membuat membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ranau jam 9.28 pagi hari yang sama memberitahu, mangsa hanya mengatahui kejadian itu selepas dihubungi sepupunya.

“Menurut mangsa, tiada sebarang pendawaian eleltrik pada khemah tersebut dan mangsa mengesyaki kejadian berkenaan mempunyai unsur khianat,” katanya.
Musnah terbakar

DSP Sammy berkata, polis masih menunggu laporan penuh daripada bomba, namun siasatan awal mendapati, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerugian dianggarkan lebih kurang RM35,000.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Hasbariah Sapiee (0109376068) atau Balai Polis Ranau di talian 08887522. Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

 DSP Sammy Newton-Ketua Polis Ranau

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, ketika dihubungi media berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 03.05 pagi berhubung kejadian itu.

Katanya, sejurus menerima panggilan, sepasukan lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan dua buah jentera utiliti.
 Ridwan Mohd Taib-Ketua BBP Ranau

“Tiba di lokasi jam 3.07 pagi, anggota bomba mendapati tiga buah canopi menjual pakaian terpakai telah terbakar 75 peratus .

“Pasukan Bomba segera memadam kebakaran menggunakan aliran salur bantu dua pancutan daripada jentera pemadam,” katanya.

Menurut Ridwan, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya, jam 3.12 pagi dan operasi tamat pada jam3.28 pagi. – TAMAT–



loading...
loading...

0 Response to "Peniaga bundle di Ranau Rugi RM35 Ribu akibat perbuatan khianat"

Catat Ulasan