SinarHairan

Polis bakal ambil tindakan tegas kepada individu ingkar PKP di Tawau

loading...
Susulan keadaan sesak dan orang ramai keluar ke pusat beli belah di daerah Tawau walaupun perintah kawalan pergerakan PKP berkuat kuasa.
Polis bakal ambil tindakan tegas kepada individu ingkar PKP di Tawau

Ketua Polis Dearah Tawau ACP Peter Anak Umbuas menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang keluar tanpa alasan yang munasabah dan ingkar PKP.

Ketua Polis Dearah Tawau ACP Peter Anak Umbuas menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang keluar tanpa alasan yang munasabah dan ingkar PKP.


Daerah Tawau dikategorikan sebagai kawasan merah berikutan jumlah kes positif Covid-19 yang semakin meningkat.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Lelaki ingkar PKP kunci diri dalam kereta elak ditahan polis


Seorang lelaki bertindak mengunci diri sendiri di dalam kenderaan bagi mengelak ditahan polis selepas didapati, melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sepasukan anggota dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Tawau yang sedang menjalankan tugas Rondaan terserempak dengan sebuah kenderaan mencurigakan di belakang barisan kedai di Taman Megah Jaya, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata ketika anggota polis menghampiri kenderaan terbabit untuk membuat pemeriksaan secara tiba-tiba pemandu kenderaan terbabit memecut laju.

Beliau berkata, kenderaan itu kemudiannya berhenti di bahu jalan manakala pemandunya bertindak melarikan diri.

“Bagaimanapun, suspek telah berpatah balik dan masuk ke dalam kenderaan dan bertindak mengunci pintu kenderaan dari dalam.


“Selepas dipujuk hampir 30 minit, akhirnya lelaki itu kemudiannya membuka pintu sebelum pemeriksaan terhadap tubuh badan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Peter lagi, suspek berumur 34 tahun warga tempatan itu ditangkap kerana didapati melanggar PKP dengan berada di tempat kejadian tanpa sebarang pengecualian yang sah.


“Tindakan suspek melarikan diri jelas menunjukkan bahawa suspek tahu berkaitan PKP yang telah diwarta dan dikuatkuasakan. Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

loading...
loading...

0 Response to "Polis bakal ambil tindakan tegas kepada individu ingkar PKP di Tawau"

Catat Ulasan