loading...
Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang telah selamat kembali bergelar isteri setelah sekian lama memegang gelaran ibu tunggal.
Penyanyi lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu disatukan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang cikgu dari Kelantan, Mohamad Azlan.
Elly dan suami telah dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah dan disaksikan Abdul Manaf dan Mohd Akmaluddin dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan emas.
Majlis serba meriah itu berlangsung di Putra World Trade Center, Kuala Lumpur tepat jam 9.09 malam dengan lima berbalas tujuh hantaran.
Pelamin yang bertemakan 'Malam Bulan Dipagari Bintang' di skrin led menambahkan lagi suasana pernikahan tersebut yang dihadiri keluarga dan rakan artis.
Selain itu, Elly memberitahu bahawa suaminya itu juga cukup rapat dengan anaknya, Putri Sara Sephia dan bapanya. Lebih menggembirakannya, suaminya itu juga seorang yang jujur dan menjaga hati keluarganya dengan baik.
Penyanyi lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu disatukan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang cikgu dari Kelantan, Mohamad Azlan.
Elly dan suami telah dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah dan disaksikan Abdul Manaf dan Mohd Akmaluddin dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan emas.
Pelamin yang bertemakan 'Malam Bulan Dipagari Bintang' di skrin led menambahkan lagi suasana pernikahan tersebut yang dihadiri keluarga dan rakan artis.
"Saya sebak tak sangka akhirnya saya berkahwin dan bertemu dengan insan yang tahu menjaga hati.
Dia ibaratnya memberi kepercayaan buat saya untuk bercinta semula. Dia telah korbankan macam-macam dan saya rasa dialah yang membuatkan diri ini terbuka hati.
"Sebelum ini memang tak mahu bercinta lagi dan bila kenal dengan cikgu, dia berikan keyakinan untuk bercinta semula.
Susah pada awalnya kerana saya memang tak boleh. Dia tak pernah berputus asa dan Alhamdulillah, terbuka hati untuk terimanya,” ujar Elly Mazlein mengenai suaminya yang telah berjanji akan selalu setia.
Selain itu, Elly memberitahu bahawa suaminya itu juga cukup rapat dengan anaknya, Putri Sara Sephia dan bapanya. Lebih menggembirakannya, suaminya itu juga seorang yang jujur dan menjaga hati keluarganya dengan baik.
loading...
loading...
0 Response to "#TAHNIAH ~ Elly Mazlein Sebak Bersuamikan Cikgu"
Catat Ulasan