SinarHairan

#HOT~ "Tolong Jangan Share Pasal Saya Ngan Eyka..Pasal Saya Dan Bola Saja - Akhyar Rashid

loading...
"TOLONG JANGAN SHARE... SAYA & EYKA ORANG KUTUK MACAM-MACAM" - AKHYAR


"Minta jasa baik kalau betul (anda) fans saya lepas ni tolong jangan share apa-apa yang saya dan Eyka post di Story Instagram. Lepas ni kalau nak share dekat awak... share yang fasal saya atau fasal main bola saja. 
 "Ini hal peribadi kami so apa-apa biar kami sahaja yang post. Maaf kalau ada buat awak tersinggung," kata pemain bola sepak muda pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid yang akhirnya tampil bersuara sususlan aksi mesranya bersama pelakon Eyka Farhana. 

 Akhyar berkata demikian menerusi sebuah mesej peribadi yang di hantar di laman Instagram miliknya kepada salah seorang peminat.

Dalam pada itu, pemain muda ini berkata, dia juga tidak mahu berkongsi kisah percintaannya itu kepada umum selepas menyedari ianya tidak begitu diterima peminat.


 Malah, Akhyar mengakui turut menerima kritikan kerana menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berkenaan:

"Jangan post feed sebab saya tak nak orang pandang tak baik... sekarang ni saya dan Eyka orang dah kutuk macam-macam.


"Saya tak nak nampak macam saya dan Eyka ni menunjuk-nunjuk sangat hubungan kami. Tolong share dekat group fans saya yang lain lagi ya.
Harap jasa baik awak dan fans saya yang lain support saya dengan car yng betul," tulisnya.

 Terdahulu, beberapa keping foto intim serta boomerang Akhyar dan Eyka ketika bercuti di sebuah destinasi percutian popular di luar negara tersebar di media sosial.

Pasangan itu dilihat menghabiskan masa bersama beberapa rakan lain pada Disember lalu.

 Gambar itu turut dimuatnaik sendiri oleh Eyka di Instagram, namun bertindak memadamnya selepas mendapat kecaman daripada peminat.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan komen daripada kedua-dua bintang ini tidak berjaya apabila Akhyar enggan menjawab panggilan telefon mahupun membalas kiriman WhatsApp.

loading...
loading...

0 Response to "#HOT~ "Tolong Jangan Share Pasal Saya Ngan Eyka..Pasal Saya Dan Bola Saja - Akhyar Rashid"

Catat Ulasan