loading...
Difahamkan ketika itu mereka menjual barang pengarah Michael Ang hingga terbaring di kaki lima.
“Seronok masa ni jual barang Michael Ang untuk kutipan derma Putri Balqis. Sampai terbaring di kaki lima,” tulisnya.
Sakinah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto imbaun ketika itu.
Dalam masa yang sama Sakinah turut memberi nasihat dan pesanan buat Puteri Balqis tentang kehidupan dan bagaimana menghadapi masalah.
“Kebahagiaan memerlukan perjuangan. Ia timbul dari masalah, ujian itu datang dengan pelbagai cara.
“Jika anda berdepan dengan masalah, jangan jadi mangsa, jangan buang orang dan berbuat baiklah kepada orang.
“Lakukan sesuatu, semua jawapan akan mengikuti,” kata Sakinah.
Kisah Balqis mula mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan mengenai kehidupannya yang susah dan hanya berdua bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz selepas kedua orang tuanya berpisah sejak empat tahun lalu.
Gempak.Com
loading...
loading...
0 Response to "#PRIHATIN ~ “Jangan Jadi Mangsa, Jangan Buang Orang...”- Sharifah Sakinah Nasihat Puteri Balqis"
Catat Ulasan