SinarHairan

#GOSIP PANAS ~ Bakal Nikah Kerabat Raja,Emma Maembong Masih Berdiam Diri

loading...

Gosip bertiup kencang apabila Emma Maembong dikatakan bakal mendirikan rumah tangga di tahun baru 2020 ini.


 Meskipun membisu dan tidak mengiyakan mahupun menidakkan, namun terkini Cik Pang, melalui ruangan Harian Metro mandakwa bahawa pelakon itu bakal berkahwin pada bulan Februari.

 Menurutnya, tidak diketahui mengapa Emma memilih untuk merahsiakan berita gembira itu daripada pihak media.

Sedangkan ada sumber yang memberitahu, Emma kini sibuk membuat persiapan perkahwinannya hingga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan.


 Tambah Cik Pang lagi, Emma dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja namun tidak didedahkan siapa gerangan kerabat itu.

Jika benar, biarlah ianya diketahui daripada mulut Emma sendiri katanya.

 Harapan kita, moga kali ini Emma benar-benar jadi kahwin dan bukan sekadar gosip semata sebagaimana sebelum ini.

Mana tahu mungkin tahun 2020 ini membawa tuah buat pelakon ini yang sering terluka.



loading...
loading...

0 Response to "#GOSIP PANAS ~ Bakal Nikah Kerabat Raja,Emma Maembong Masih Berdiam Diri"

Catat Ulasan