SinarHairan

Apakah Terjatuh Talaq Sekiranya Meninggalkan Isteri Tanpa Nafkah???

loading...


Soalan: Apakah hukum seorang suami meninggalkan isteri tanpa memberi nafqah dan apakah status perkahwinan itu bercerai atau tidak?

Jawapan
Dalam menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
(Surah al-Nisa’: 19)

Ini menunjukkan bergaul dnegan cara baik dan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri adalah satu kewajipan. Juesteru pengabaian nafkah dan meninggalkannya tanpa sebarang khabar berita serta tidak memberi sebarang nafkah maka hukumnya haram dan berdosa. Kami tegaskan di sini bahawa ijma’ ulama’ bersepakat menyatakan bahawa suami wajib memberi nafaqah kepada isterinya dengan syarat-syarat tertentu.

Dalil Wajib Nafaqah Suami kepada Isteri
Hal ini berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Quran
Firman Allah SWT:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafaqah) sebahagian dari harta mereka.
(Surah al-Nisa’, 4:34)

Ayat ini menunjukkan bahawa suamilah yang bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafaqah.

Begitu juga firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
 (Surah al-Baqarah, 2:233)
Al-Sunnah

Daripada Jabir RA, katanya:
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِى النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ. فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابَ اللَّهِ
Maksudnya:Bertaqwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan. Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafaqah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah.   
Riwayat Muslim (1218)

Hikmah Wajib Nafaqah Suami kepada Isteri
Kami nyatakan di sini juga hikmah di sebalik kewajipan nafkah:
Kehidupan berumahtangga mesti dibina atas satu daripada tiga asas yang berikut:
  • Suami bertanggungjawab mengetuai rumahtangga dan memberi nafaqah kepada isteri dan anak-anak.
  • Isteri mengambil alih semua tanggungjawab tersebut menggantikan tanggungjawab duit.
  • Suami isteri bekerjasama melaksanakan tanggungjawab mencari harta dan memberi nafaqah.

Persoalannya, apakah yang akan berlaku jika ditinggalkan asas pertama yang merupakan hukum syariat Islam, lalu mengambil asas yang kedua dan ketiga?

Beberapa perkara akan berlaku kesan daripada tindakan tersebut, iaitu:

1. Ia melibatkan masalah mas kahwin, iaitu sama ada perempuan bertanggungjawab memberi mas kahwin semuanya kepada lelaki atau mereka bersama-sama bertanggungjawab menyediakan mas kahwin.
Kesan yang pasti berlaku hasil daripada keadaan ini ialah perempuan akan keluar mencari pasangan lelaki untuk dijadikan suami, sedangkan Allah telah memuliakan mereka dengan menjadikan lelaki mencari perempuan untuk dijadikan isteri.

Hal ini kerana orang yang memberi mas kahwin itulah yang sepatutnya mencari penerimanya. Sekiranya keadaan ini berlaku, perempuan akan berhadapan dengan pelbagai masalah penipuan dan pembohongan golongan lelaki demi mendapatkan suami yang boleh diharapkan dan mampu memberikan perlindungan.

2. Perempuan terpaksa melibatkan diri untuk bekerja dan mencari rezeki. Akibatnya, mereka terpaksa bersaing dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Jika ini berlaku, golongan perempuan pasti terdedah kepada perkara yang negatif serta penyelewengan. Keadaan yang berlaku hari ini adalah bukti paling jelas terhadap kenyataan itu.

Kesannya, rumahtangga yang memerlukan seseorang untuk mengurus dan menjaga hal ehwalnya serta mendidik anak-anak tidak dapat dipenuhi. Malah, rumahtangga menjadi tidak terurus. Rumahtangga yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan, pencetus kedamaian, tempat berehat dan berkumpul, kini bertukar menjadi punca masalah dan kacau bilau.

3. Jika rumahtangga dibina atas satu daripada dua rukun yang telah dinyatakan, sudah pasti hak berada di tangan isteri sama ada secara bersama atau bersendirian. Undang-undang ekonomi dan sosial menyatakan, sesiapa yang mengeluarkan belanja, maka dialah yang berkuasa. Dalam perbincangan tajuk telah dinyatakan bahawa terdapat hikmah yang amat besar apabila hak berada di tangan suami.

Berkenaan dengan status perceraian ia tidak berlaku kecuali terdapat ta’liq yang jelas ketika akad nikah dan pengaduan dibuat di pejabat atau mahkamah. Kami syorkan dalam isu seperti ini hendaklah rujuk kepada mahkamah syariah. Semoga Allah kurniakan rumah tangga kita semua menjadi baiti jannati. Amiin.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
loading...
loading...

0 Response to "Apakah Terjatuh Talaq Sekiranya Meninggalkan Isteri Tanpa Nafkah???"

Catat Ulasan