loading...
Sadio Mane sangat disenangi di Melwood kerana berkawan dengan semua orang dan rendah diri. Jika semua pemain bergelut dengan gaya superlova di media masa, Sadio Mane hanyalah pemain seorang yang sangat ‘low profile’.
Beliau dilahirkan di daerah Bambali, pendalaman selatan Senegal. Sadio Mane sering mendermakan wangnya untuk kebajikan dan kemajuan komuniti sedia ada. Ketika dalam temubual dengan Daily Mail, dilaporkan bahawa Sadio Mane telah menderma wangnya untuk pembinaan masjid.
Saya tidak sentuh alkohol. Saya sangat menghormati agama dan Islam. Saya solat 5 waktu sehari pada kebiasaannya.
Hampir 90% penduduk Senegal adalah Islam dan mungkin 10% adalah beragama Kristian. Kami hidup harmoni berjiran. Rakan baik, Luke saya adalah seorang Kristian dan kami sentiasa ziah-menziarahi rumah masing pada kebiasaannya.
Saya pernah berbincang dengan rakan ketika muda. Apa yang kami bincangkan adalah saya ingin berikan sesuatu kepada agama. Sekarang saya masih muda.
Tiada konflik agama dan saya hanya mahu bermain bola sepak. Ibu saya bangga saya menjadi pemain bola sepak yang profesional. Beliau masih kekal di kampung.
Saya telah beli rumah di Dakar, jika beliau ingin berpindah, rumah tersebut boleh didudukinya pada bila-bila masa.
Perjalanan beliau sebelum ke kelab profesional utama di Metz sangatlah mencabar. Jika diukur kepada geografi, kawasan Bambali adalah kawasan yang tertutup dan jauh pendalaman di selatan. Pada asasnya, Bambali adalah berada di persempadanan dengan Papua New Guinea. (oh maaf, bukan Papua New Guinea, tapi Guinea)
Sebelum beliau mewakili kelab pertamanya di Perancis, beliau memberitahu bapa saudaranya. Ketika itu, bapa saudaranya mentertawakannya.
Kata bapa saudaranya,
Saya tidak mempercayainya. Ketika beliau menjuarai pertandingan di kawasan setempat, sekali lagi beliau memberitahu perkara yang sama.
Beliau selalu katakan bahawa beliau sangat serius dengan bola sepak.
Sadio Mane, yang berumur 24 tahun ini masih tidak berpuas hati dengan prestasinya.
Saya mahu lakukan yang lebih baik. Saya mahukan progres. Saya tidak rasakan saya telah mencapainya (puncak prestasi). Saya akan cuba lakukan untuk saya mencapai apa yang saya kehendaki.
loading...
KREDIT imredsloading...
loading...
0 Response to "Sadio Mane : Saya Tidak Pernah Pegang Alkohol & Tetap Solat 5 Waktu. Islam Tidak Menghalang Dia Untuk Berjaya !!!"
Catat Ulasan