loading...
Shiera dan suaminya, Ijoy bersama anak mereka Adeena pada majlis akikah dan cukur jambul yang diadakan baru-baru ini. Foto Ihsan Instagram @shieraijoy, @theasmble & @qmlrl.
Shiera, 43, sebaliknya berkata, dia ingin benar-benar pulih sebelum mengamalkan diet dan senaman bagi mendapatkan bentuk asal badannya memandangkan kelahiran Adeena secara pembedahan.
"Sejujurnya saya memang tidak terlalu mengikut pantang seperti mana sebelum ini kerana ini adalah pertama kali saya bersalin secara pembedahan.
"Saya dinasihatkan agar tidak berbengkung untuk enam bulan pertama bersalin supaya luka pembedahan benar-benar sembuh.
"Sebab itu juga badan saya agak 'kembang' sekarang tetapi ia tidak membuatkan saya tertekan kerana paling penting saya sihat dan gembira," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Shiera berkata, seperti mana kelahiran anak-anaknya sebelum ini, kehadiran Adeena juga banyak membuka rezeki kepadanya sekeluarga.
Shiera memberitahu rezekinya bertambah sejak kelahiran Adeena pada November tahun lalu.
Malah kata pelakon yang pernah popular menerusi drama Mat Despetch ini, dia kembali bekerja ketika masih berpantang apabila menerima banyak tawaran sebagai pengacara majlis.
"Alhamdulillah kelahiran anak memang Allah bukakan pintu rezeki dan walaupun sedang berpantang saya tetap terima kerana itu adalah rezeki anak-anak saya.
"Saya tidak berasa terbeban atau sukar pun kerana sudah biasa kerana sebelum ini pun ketika dalam pantang saya sudah bekerja," ujarnya.
Bagaimanapun Shiera mengakui dia kini mudah berasa letih selain pergerakannya agak perlahan disebabkan faktor usianya yang semakin meningkat.
"Biasalah usia pun sudah meningkat jadi mudah berasa penat tetapi keadaan itu saya tidak jadikan alasan untuk memberikan komitmen yang terbaik apabila ia tentang kerja.
"Selain sibuk mengacara saya juga banyak mendapat tawaran untuk buat iklan cuma berlakon sahaja terpaksa saya tolak kerana Adeena masih menyusu badan," jelasnya.
Menerusi perkongsian hidup dengan aktor Zulkfili Azahari atau Ijoy, 43, pasangan itu turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Airell, 13, Airra, 10 dan Audrra, 8 tahun.
Shiera turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 19, hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang juga vokalis kumpulan Black Dog Bone.[mStar]
loading...
loading...
0 Response to "#MAINTAIN ~ Lahir Anak Kelima, Sharifah Shahirah Tak Tertekan Kuruskan Badan"
Catat Ulasan