loading...
UMUM mengetahui pasangan selebriti popular ini pernah berhadapan dengan masalah rumah tangga apabila David Beckham dilaporkan mempunyai skandal dengan pembantu peribadinya, Rebecca Loos semasa bermain untuk Real Madrid.
Namun, hal itu tidak sesekali meruntuhkan bahtera perkahwinan yang dibinanya bersama bekas anggota Spice Girls, Victoria Beckham.
Malah sejak isu skandal itu didedahkan, hubungan mereka kembali rapat malah David selepas itu mengambil keputusan untuk berhijrah dan bermain dengan liga bola sepak di Amerika Syarikat.
Kini, hampir 20 tahun berumah tangga, David dan Victoria kekal utuh sebagai salah satu pasangan paling romantis yang dikagumi peminat mereka.
Baru-baru ini, mereka dilaporkan memperbaharui ikrar perkahwinan dengan hanya bersaksikan keempat-empat cahaya mata mereka, Brooklyn, 18, Romeo, 15, Cruz, 12, dan Harper Seven, 6.
Kami Kekal Bersama Bukan Sebab Jenama David-Victoria
Menurut David, mereka kekal sebagai suami-isteri bukan disebabkan jenama David dan Victoria yang sudah diketahui seluruh dunia, sebaliknya kerana mereka saling menyintai di antara satu sama lain.
Ini kerana sebelum ini timbul ura-ura mendakwa pasangan ini perlu berpura-pura bahagia hidup bersama kerana jenama David-Victoria yang sudah gah selain mereka turut dijadikan pasangan contoh.
“Adakah kami kekal bersama kerana jenama kami? Sudah tentu tidak! Kami masih bersama kerana kami menyintai satu sama lain.
“Kami kekal bersama kerana kami turut mempunyai empat cahaya mata yang sangat menawan.
“Dalam perkahwinan pastinya ada momen manis dan pahit, tapi kami sekeluarga akan melaluinya bersama sebagai satu keluarga,” ujar David memetik Metro UK.
David dan Victoria berkahwin pada 4 Julai 1999. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "#SERASI ~ Kami Kekal Bersama Bukan Sebab Jenama David-Victoria"
Catat Ulasan