loading...
Larangan semacam ini muncul dari kepercayaan yang salah bahawa di hari Kebangkitan nanti, semua bahagian tubuh seseorang akan kembali, sehingga jika rambut dan kuku tersebut dipotong pada waktu orang itu berada dalam keadaan tidak suci seperti junub dan haid. Maka bahagian-bahagian tubuh itu akan kembali kepadanya dalam keadaan najis. Ini adalah sebuah keyakinan yang sangat menyesatkan kerana tidak ada dasarnya sama sekali dalam agama.
Keterangan yang ada justeru membuktikan sebaliknya. Aisyah ra, mendapat haid ketika mngikuti haji wadaa’. Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Bukalah ikatan rambutmu dan sikatlah. Lalu masuklah ke dalam ihram untuk mengikuti haji ….” [Shahih Bukhari dan Shahih Muslim]. Dan menyikat rambut biasanya selalu diikuti dengan lepasnya beberapa helai rambut.
Lalu ada juga hadis hasan dalam sunnah Abu Dawud, tentang perintah Rasulullah SAW kepada seseorang yang baru memeluk Islam untuk memotong rambutnya, berkhatan dan mandi (gusl). Berdasarkan dua hadis ini, Ibnu Taimiyyah rahimahullah menjelaskan; kerana Rasulullah SAW tidak menjelaskan urutannya apakah memotong rambut dulu atau mandi dulu, maka hal ini menjelaskan bolehnya memotong rambut dalam keadaan tidak suci seperti junub dan haid.
Dengan demikian, larangan memotong kuku, rambut, bulu ketiak dan kemaluan waktu haid tidaklah benar, kerana 2 alasan:
1. Tidak ada dasarnya dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Hadis-hadis shahih dan hasan di atas menjelaskan bahawa melakukan hal itu tidak apa-apa.
Ini juga kesimpulan para fuqaha dari madzhab As-Syaafi’i, yang mengatakan tidak apa-apa bagi wanita yang sedang haid untuk memotong kuku, bulu ketiak dan kemaluan.
Selain itu, juga perlu diketahui bahawa memotong kuku, mencukur rambut ketiak dan sekitar kemaluan hukumnya adalah wajib, tidak boleh dibiarkan melebihi 40 hari, baik untuk lelaki maupun wanita.
Anas radhiyallahu anhu berkata, “Rasulullah SAW menetapkan batas waktu bagi kami untuk memendekkan misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan. Kami tidak diperbolehkan membiarkannya lebih dari 40 hari.” [Shahih Muslim, dan juga hadis-hadis serupa dalam Sunan An-Nasaa’i dan Musnad Ahmad] (sumber Islampos)
loading...
loading...
loading...
0 Response to "Benarkah Seorang Perempuan Sedang Haid Dilarang Mandi Bahagian Kepala dan Potong Kuku? Berikut Jawapannya..."
Catat Ulasan