SinarHairan

PADAH KERANA NAIF, WAHAI WANITA HARUS BACA NI.. RAMAI YANG AMBIL RINGAN HAL MACAM NI..

loading...


PADAH KERANA NAIF

Parut yang sungguh hodoh yang jelas kelihatan di tangan kirinya, kesan dari luka akibat terjatuh setahun yang lepas, merunsingkan hatinya. Setiap kali terpandang parutnya yang sukar untuk disembunyikannya itu, dia merasakan penampilan seluruh dirinya difokuskan pada parut yang satu itulah. Kebencian pada parutnya bukan sedikit. Bagi wanita semudanya, yang mahu berpakaian ranggi, parut itu menyekat kebebasannya memilih fesyen.

Kerana buntu, tidak pasti mahu ke mana untuk menyahkan parut itu, dia merasakan peluang terbuka luas apabila seorang lelaki menjual larutan cecair berwarna jernih di dalam sebuah botol kecil, di sebuah pasar malam yang dikunjunginya. Mulut lelaki itu begitu bersungguh-sungguh meyakinkannya yang larutan itu untuk membuang parutnya itu. Dengan harga hanya RM25, dia terus membayar tanpa banyak persoalan, yang penting parut yang menjijikkan itu hilang dan lenyap.

Dia pulang ke rumah dengan hati berbunga-bunga. Disapukan cecair yang dibelinya tadi ke atas parutnya. Dengan tidak semena-mena, terasa nyilu dan sakit menyucuk ke tangannya, bukan kepalang bisanya Tuhan saja yang tahu. Dia menahan air matanya dari jatuh, baginya biarlah perit seketika demi cantik selamanya. Malang sekali, kelihatan 2 tompok kemerahan seperti kulit terbakar tidak lama kemudian. Sakitnya makin teruk dan terus terdetik dihatinya, ini tidak sepatutnya terjadi!!! Aduh!!! Terus dia menadahkan tangannya di bawah laluan air sebentar tetapi kerana pedihnya tidak tertanggung, dia terus bergegas ke klinik.

Inilah padahnya... gambar di bawah ini, diambil dengan kebenarannya pada hari kedua selepas kejadian itu. Luka yang terjadi akibat kenaifannya. Terbakar kulitnya yang memerlukannya dicuci setiap hari sehingga luka itu sembuh. Terasa kini betapa kejahilannya yang membeli ubat di tepi jalan tanpa pengetahuan asal usulnya itu sebenarnya membawa padah. Dari parut yang sedikit, sekarang lagi luas kawasannya. Menyesal? Sudah terlambat. Bila diminta baki cecair di dalam botol itu, dengan geram dia menyatakan, dia sudah mencampaknya ke dalam tong sampah.

Ini bukan perkara ganjil untuk kami yang bekerja di bahagian perubatan. Berang di hati saya kerana terlalu ramai di kalangan masyarakat kita yang sanggup mempertaruhkan diri dengan mengamalkan kosmetik, makanan tambahan dan ubat-ubatan yang dibeli di tepi jalan, di dalam talian atau yang dipromosikan oleh rakan taulan. Tolonglah... berbincang dengan kami dahulu. Yang anehnya, ubat-ubatan yang kami berikan, banyak pula alasan untuk tidak mengambilnya sedangkan kalau mereka melihat sendiri kawalan ketat ke atas setiap satu preskripsi ubat, mereka akan termangu. Apa kredibiliti penjual-penjual di luar sana yang sebenarnya hanya mementingkan keuntungan mereka semata-mata. Hujungnya RM.

Semoga kisah ini menjadi peringatan buat masyarakat di luar sana yang masih lagi naif dan kadang kala terlepas pandang tentang harga satu kesihatan...

Sumber: Facebook
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "PADAH KERANA NAIF, WAHAI WANITA HARUS BACA NI.. RAMAI YANG AMBIL RINGAN HAL MACAM NI.."

Catat Ulasan