SinarHairan

Nyanyian Sumbang, Ini Respon Balas Fattah Amin

loading...

Nyanyian Sumbang, Ini Respon Balas Fattah Amin



Fattah Amin akui ada yang mempersoalkan kebolehannya sebagai penyanyi selepas dia menghasilkan lagu baru berjudul Wanita Terakhir.

Namun walaupun dikritik, dia tidak berasa kecewa kerana baginya itu adalah rencah biasa dalam dunia hiburan.


Ini responnya:


CUBA BERIKAN YANG TERBAIK

"Jika saya seorang yang jenis mudah terasa hati jika dikritik mungkin dari dahulu lagi saya sudah tinggalkan bidang seni.


"Pada saya orang boleh kata apa sahaja mereka mahukan kerana bukan semua suka dengan apa yang saya lakukan.


"Ini tentang citarasa masing-masing dan sebagai penyanyi saya akan terus cuba memberikan terbaik,"


MASUK KELAS VOKAL
 
"Tahun ini saya berazam untuk lebih menguatkan jenama yang ada pada diri saya kerana tidak mahu dipandang kerana populariti semata-mata.

"Atas dasar itu juga saya masuk kelas vokal dan cari peluang untuk berlatih kerana ingin memperbaiki diri.


"Peluang yang ada dihadapan mata tidak akan saya sia-siakan dan mahu buktikan diri tentang kekuatan yang ada pada saya,"


Fattah baharu sahaja tampil dengan single terbaharunya ciptaan Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Ramlan iaitu Wanita Terakhir.

Sementara itu, Fattah Amin akan menjalani penggambaran muzik video bagi lagu berkenaan dalam masa terdekat ini sebagai langkah promosi Wanita Terakhir.

loading...
loading...

0 Response to "Nyanyian Sumbang, Ini Respon Balas Fattah Amin"

Catat Ulasan