SinarHairan

Menggigil Lihat Mayat Bapa

loading...
Saya mendapat panggilan daripada ibu yang rmemberitahu bapa kemalangan dan minta saya segera ke tempat kejadian.


Perasaan saya luluh melihat tubuh bapa terbaring berlumuran darah di atas jalan dan ditutup dengan kain. Badan saya menggigil dan lemah lutut kerana tidak sangka bapa terbunuh," kata Chew Jiun Keat, 49.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, bapanya, Chew Ah Yab, 76, maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan ketika sedang berjoging.

Terima panggilan ibu
Jiun Keat ketika ditemui memberitahu menerima panggilan daripada ibunya ketika baru sampai di tempat keija di Sungai Petani, sebelum bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan bapanya itu.

"Suara ibu ketika itu cemas dan dia hanya maklumkan bapa kemalangan dan minta saya segera pergi melihat ba­pa. Sebaik sampai saya nampak mayat seorang lelaki masih di tengah jalan dengan seluruh tubuh dan kepalanya berselimut serta banyak da­rah keluar dari bahagian ke­palanya.

"Saya amat terkejut dan sedih sebaik tahu itu mayat ba­pa sehingga tidak terdaya menghampirinya kerana tu­buh saya menggigil dan terasa lemah," katanya.

Keluar joging
Jiun Keat berkata, bapanya gemar beriadah dan memang menjadi rutin harian baginya untuk keluar seawal jam 6 pagi setiap hari untuk ber­joging dan akan pulang ke rumah sejam kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan mangsa yang ketika itu sedang melintas ja­lan, maut dirempuh sebuah kereta dipandu pelajar berusia 21 tahun yang ketika itu dari arah Gurun menghala Sungai Petani.

"Hasil siasatan awal, kita dapati kereta berkenaan tidak sempat mengelak mangsa yang berada di tengah jalan sebelum merempuhnya, menyebabkan warga tua itu maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Ja­lan 1987," katanya.
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Menggigil Lihat Mayat Bapa"

Catat Ulasan