SinarHairan

Mayat Lelaki Ditemui Di Luar Tandas Pasar.

loading...
Georgetown – Mayat lelaki ditemui dengan kesan luka di kepala di pasar di Jalan Pesara Claimant, di sini, hari ini.

Kejadian hanya disedari 10 pagi tadi selepas beberapa pekerja menemui mayat lelaki berkenaan di luar tandas pasar terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil siasatan awal mendapati belakang kepala mangsa berdarah dipercayai akibat terjatuh.

“Kepala mangsa kemungkinan terhantuk di lantai simen tandas terbabit namun kita masih menjalankan siasatan lanjut.

“Setakat ini, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Harian Metro
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Mayat Lelaki Ditemui Di Luar Tandas Pasar."

Catat Ulasan