loading...
Persekutuan Pesatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) diminta menyiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gagal menangani masalah rasuah serta melunaskan hasil bayaran hak penyiaran kepada kelab liga tempatan.
Perkara itu disuarakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Mungkin FIFA boleh menyoal mereka atau melakukan siasatan kerana ia jelas menunjukkan perkembangan tidak sihat.
“Tidak ada pegawai yang berminat untuk bergerak lebih ke depan dan memajukan bola sepak ke satu tahap lebih baik.
“Tetapi semuanya lebih berminat demi kepentingan kedudukan sendiri. Kebanyakan kelab dikendalikan oleh ahli politik dan mereka hanya mahu mengambil langkah selamat,” kata Baginda yang dipetik menerusi laporan Reuters.
Januari lalu, FAM mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan MP & Silva yang menyatakan komitmen untuk menjana sekurang-kurangnya RM1.2 bilion ketika usaha menswastakan Liga Malaysia musim depan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain,Tunku Ismail mahu badan induk bola sepak negara itu bertanggungjawab atas kekalahan besar pasukan kebangsaan 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 baru-baru ini.
Turut dibangkitkan kedudukan Malaysia yang semakin tercorot di ranking dunia yang kini berada pada tempat 171.
loading...
loading...
0 Response to "TMJ Dedah Gejala Rasuah dan Mahu Siasatan Dijalankan...Salute TMJ"
Catat Ulasan