loading...
Kerajaan hari ini telah mengumumkan dana tambahan di bawah insentif Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0.
Semakan BPN 2.0 kini boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my
Menariknya, bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini.
Bagi yang tidak layak dan ingin memohon, anda boleh membuat permohonan baru bermula 15 Oktober 2020.
Kadar Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Permohonan Baharu
Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat secara online melalui portal rasmi bpn.hasil.gov.my bermula 15 Oktober 2020 sehingga tarikh tutup 15 November (sebulan).
Namun bagi anda yang tidak mahir mengisi borang online, anda boleh menghantar permohonan secara manual dengan memuat turun borang permohonan BPN 2.0.
SEMAKAN STATUS BPN 2.0
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 menerusi laman web BPN https://bpn.hasil.gov.my.
Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.
Rujukan Status Permohonan di Bawah :-
SOALAN LAZIM MENGENAI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0 (BPN 2.0)
A. PENGENALAN BPN 2.0
1. Apakah BPN 2.0?
BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional
kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 (kadar pendapatan di Soalan.5) untuk
meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19.
Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang
merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini.
2. Siapakah yang layak menerima BPN 2.0?
Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020
sebelum ini.
3. Adakah saya perlu membuat permohonan BPN 2.0?
Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020
sebelum ini.
4. Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai
penerima BPN 2.0?
loading...
loading...
0 Response to "Semakan BPN 2.0 & Kadar Bantuan Prihatian Nasional Baru"
Catat Ulasan