loading...
Benarkah Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengutuskan satu surat kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2015 yang gawat di mana rizab TH telah menjadi negatif?
Persoalan itu dibangkitkan, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mempersoalkan benarkah harga nilai pasaran semasa aset TH tidak mencukupi untuk memenuhi kesemua tanggungjawab termasuk membayar dividen 8.8 pendeposit.
“Apakah betul Bank Negara dalam surat tersebut turut menyebut dalam keadaan (1), di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, TH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya.
“Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia mendedahkan TH kepada risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran sekiranya jangkaan dividen pendeposit tidak dipenuhi atau memadai pada pandangan pendeposit?,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan adakah benar Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada Pengerusi TH menyarankan agar merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016.
“Sekiranya semua di atas benar – apakah ini menjadi punca kelewatan TH mengisytiharkan dividen dan bonus?
“Dan sekiranya di atas benar, mengapa Tabung Haji masih melabur membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange (TRX)? Apakah ini keputusan PM atau Pengerusi TH?
“Apakah pelaburan tersebut telah menggawatkan lagi situasi kewangan di TH,” soalnya.
Tuan Ibrahim turut mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz , Jamil Khir dan Pengerusi LTH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tampil menjelaskan persoalan-persoalan tersebut.
Katanya, sekiranya semua persoalan tersebut benar, PAS mendesak agar Pengerusi TH dipecat dengan kadar serta merta dan melantik seorang pengerusi baru bagi membantu organisasi itu menunaikan obligasinya berdasarkan saranan Bank Negara.
loading...
loading...
0 Response to "Rizab TH Negatif, Azezz Harus Di Pecat Kerana Gagal Menjaga Kepentingan Penyimpan..."
Catat Ulasan