SinarHairan

'Penyokong Trump Bersorak Gembira Ketika Saya Dihalau Keluar'

loading...

WASHINGTON - Seorang wanita Islam telah dihalau keluar dari dewan kerana didakwa telah menganggu ucapan calon presiden dari parti Republikan, Donald Trump di South Caroline, Jumaat lalu.

Rose Hamid, 56, dihalau sambil diiringi oleh dua anggoa polis selepas dia berdiri semasa Trump dengan lantangnya menuduh pelarian Syria telah bergabung dengan kumpulan militan IS. 

Trump yang terkenal dengan sikapnya anti migran itu sebelum ini pernah mencadangkan kepada kerajaan agar orang Islam dilarang masuk ke Amerika Syarikat selain dari diberikan label kepada orang Islam yang menunjukkan mereka menganut agama tersebut. 

"Saya hanya berdiam diri dan berdiri sebagai tanda protes. Semasa saya diarahkan meninggalkan dewan, penyokong Trump bersorak gembira dan salah seorang dari mereka bertindak keterlaluan menuduh saya membawa bom," katanya. 

Rose yang hadir dengan baju t-shirt dengan tulisan "Salam, saya datang dengan aman," bagaimanapun tidak diendahkan dan dihalau keluar sebelum lelaki yang dipercayai suaminya itu juga turut dihalau keluar dari dewan. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "'Penyokong Trump Bersorak Gembira Ketika Saya Dihalau Keluar'"

Catat Ulasan