loading...
Assalamualaikum, saya telah dimaklumkan bahawa bayi dalam kandungan isteri saya telah gugur. Doakan kesihatan dan kesejahteraan isteri saya serta doakan kami dipermudahkan urusan seterusnya.
Sekarang, isteri saya ditahan di wad di Hospital Ampang. Kepada yang mengenali Farah dan yang ingin datang melawat, bolehlah mesej saya.
Saya agak terkilan sebab kami dimaklumkan bahawa bayi kami meninggal dalam kandungan 7 minggu yang lalu. Sedangkan 2 minggu yang lalu baru saja lepas check up di klinik kerajaan dan mereka tidak cakap apa-apa pun.
Semalam, saya rasa tak sedap hati, saya buat check up di klinik swasta dan kami dimaklumkan yang bayi gugur dan lebih mengejutkan bayi kami sebenarnya kembar.
Saya nasihatkan kepada sesiapa yang buat check up di klinik kerajaan, buat juga di klinik swasta jika berkemampuan. Ini kerana bila klinik kerajaan menerima terlalu ramai pesakit, perkara-perkara seperti ini mereka akan terlepas pandang.
Saya tidak berniat hendak menyalahkan sesiapa tetapi sekadar menasihatkan agar sentiasa membuat pemantauan kandungan. Saya percaya apa yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian. InshaAllah. - Fakhrul Lepak Mana | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "'Bayi Kembar Meninggal Dalam Kandungan 7 Minggu Lalu'"
Catat Ulasan