loading...
Tony Pua mendakwa sejumlah RM27 juta lagi telah dimasukkan dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi tidak didedahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Tony Pua mendakwa, selain daripada sejumlah RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, ada lagi RM27 juta yang sebelum ini tidak diketahui oleh mana-mana pihak.
Peguam Negara (Apandi) semasa sidang media mengangkat satu dokumen untuk menunjukkan bahawa banyak kerja dia telah buat untuk siasat perkara ini sebelum membuat keputusan bahawa tiada kesalahan.
“Bagi semua jurufoto dari agensi media tengok sekali lagi gambar dan fokuskan kepada dokumen yang diangkat oleh Apandi di mana ada carta menunjukkan selain dari RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, ada lagi RM27 juta yang sebelum ini tidak diketahui oleh sesiapa,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Pua mendakwa SRC International menyalurkan RM35 juta kepada Putra Perdana Construction Sdn Bhd yang kemudiannya disalurkan kepada Permai Binaraya Sdn Bhd sebanyak RM34.99 juta pada 6 Julai 2014
“Daripada jumlah itu, RM27 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dengan nombor akaun akhir ‘880’.
“Dari akaun itu, RM20 juta telah dipindahkan kepada dua akaun miliknya pada hari sama dengan jumlah dipecahkan dan dipindahkan kepada dua akaun yang nombor akhirnya adalah ‘898’ dan 906,” katanya.
Pua turut mendakwa wang berkenaan telah digunakan untuk membayar Visa dan Master Card berjumlah RM3.2 juta dan perkara ini telah dibongkarkan oleh Sarawak Report.
“Jelas, bahawa dalam carta ini memang wang SRC International bukan sahaja digunakan untuk membayar kad kredit tetapi ia juga tambahan RM27 juta dimasukkan dalan akaun peribadinya.
“Selain dari RM42 juta yang diketahui sebelum ini, ada RM 27 juta yang mana jumlahnya sekarang adalah RM 69 juta,” dakwanya.
Mengulas mengenai kenyataan Apandi bagi pihak Najib dimana beliau tidak tahu wang ini datangnya dari SRC, Pua mempersoalkan adakah alasan itu wajar memandangkan wang itu disalurkan pada hari sama.
“Takkan wang itu dia tidak tahu datangnya dari SRC International dan bukan baki wang hasil dari derma orang Arab.
“Itu tidak boleh diterima. Alasan bahawa Najib fikir wang itu datangnya dari penderma Arab tidak masuk akal kerana segala baki daripada derma dipulangkan kepada penderma pada Ogos 2013,” katanya.
Jelas Pua lagi, alasan yang diberikan Apandi langsung tidak masuk akal dan ada kesalahan pecah amanah yang sepatutnya mengheret Najib ke mahkamah.
“Biar Najib datang ke mahkamah dan biar tuan hakim guna kebijaksanaannya untuk menentukan alasan Najib munasabah, boleh pakai atau tidak.
“Peguam Negara tidak boleh gunakan kuasanya secara langsung menolak kes ini. Kita harap ia diambil perhatian,” katanya.
loading...
loading...
0 Response to "Panas: Peguam Negara Sembunyikan Fakta 27 Juta....Sebarkan"
Catat Ulasan