SinarHairan

Adenan cadang 30 April tarikh PRN Sarawak

loading...

Hari Sabtu 30 April dicadangkan sebagai tarikh untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, dimana Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dijangka mahu mencari mandat baharu. Pengerusi BN Sarawak itu mengumumkan cadangan tarikh itu di satu seminar pilihan raya di Dewan Undangan Negeri Satok (N8) Satok hari ini, lapor Borneo Post.                                                                                                                                                                                                                                                                         “Saya telah bertemu dengan pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan memutuskan bahawa hari penamaan pada 18 April dan hari pengundian pada 30 April.

“Selepas pengundian pada 30 April, kita akan mengadakan perayaan pada 1 Mei,” kata Adenan 

Dalam program “Sejiwa, Senada” di Sibu pada 16 Januari lalu, Adenan menyeru 30,000 rakyat Sarawak yang hadir supaya memberikan mandat baharu yang lebih kuat, bagi membantu beliau menuntut kelebihan autonomi daripada Kerajaan Persekutuan, lapor NST. 

Kedudukan ketika ini, BN memenuhi 45 kerusi DUN, DAP 11 kerusi, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) 10 kerusi, PKR 3 kerusi, Parti Pekerja Sarawak (SWP) 1 kerusi, dan 1 kerusi kosong. 

Pada PRN kali ini, BN dilaporkan mahu bertanding di kesemua 82 kerusi, dimana 40 darinya akan ditandingi parti Adenan iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

FMT
loading...
loading...

0 Response to "Adenan cadang 30 April tarikh PRN Sarawak"

Catat Ulasan