SinarHairan

Panas: Gabenor Zeti Aziz Bocor Maklumat Rahsia Akaun Najib...Sebarkan

loading...

Gabenor Zeti Aziz di serang oleh UMNO kerana kebocoran maklumat rahsia akaun Perdana Menteri. Tindakan Zeti Aziz yang di sanjung oleh jutaan rakyat Malaysia kini menjadi kebencian orang-orang tertentu di dalam UMNO.

Baca artikel Pro UMNO ini seolah mahu sesuatu tindakan di ambil terhadap Zeti Aziz. 

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zetti Akhtar Aziz dan pegawai-pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) yang terlibat dengan kebocoran maklumat dana RM2.6 bilion ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memberikan penjelasan.
Blog pro-UMNO, MYKMU menjelaskan, penegasan sekali lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kewujudan akaun derma yang telah diketahui oleh pihak BNM memang mengejutkan semua pihak.
Menurut blog itu, terdapat kebocoran maklumat dari pihak BNM sehingga dari mula kes itu dibongkarkan.
Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah bodoh dan tidak tahu apa-apa mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 billion.
“Apa rupanya sebelum wang itu masuk pun, BNM telah dimaklumkan mengenainya. Ada empat surat dari penderma berkenaan untuk membuktikan perkara tersebut.
“Tak hairan kenapa Perdana Menteri arah kebocoran maklumat mengenai dana itu disiasat, beliau tahu semuanya sudah ikut prosedur tapi kenapa boleh bocor, dimanakah puncanya? Sekarang agak-agak sudah tahulah puncanya dari mana,” tulis blog berkenaan.
Tambah MYKMU lagi, bagi menangani persepsi negatif yang berlarutan BNM perlu tampil memberikan penjelasan dan bertanggungjawab memastikan urus tadbir perbankan di negara ini dikawal bagi mengelak kepercayaan rakyat terhadap institusi itu terhakis.
loading...
loading...

Related Posts :

2 Responses to "Panas: Gabenor Zeti Aziz Bocor Maklumat Rahsia Akaun Najib...Sebarkan"

  1. Iklan besar bagak..tak boleh nk baca guna smartphone..admin..tolong edit sikit html kod utk ads size..pls..

    BalasPadam
  2. Iklan besar bagak..tak boleh nk baca guna smartphone..admin..tolong edit sikit html kod utk ads size..pls..

    BalasPadam