loading...
KUALA LUMPUR - Tersebar sebuah laporan polis yang mendakwa gadis 14 yang dilaporkan diculik Ahad lalu telah ditemui.
Berita penemuan mangsa itu juga telah dimuat naik oleh laman Facebook Berita Harian dan Harian Metro baru sebentar tadi.
"Remaja perempuan berumur 14 tahun yang dakwa diculik di Klang ditemui selamat bersama teman lelakinya di Banting jam 10 malam tadi," lapor Berita Harian.
Menurut Harian Metro, Nur Amirah ditemui selamat bersama teman lelakinya di depan stesen minyak di Banding pada jam 8 malam oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.
"Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalma dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak tersebut. Mangsa buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Berdasarkan laporan polis yang tersebar, nama teman lelaki yang baru dikenali seminggu itu, Gan Chin Teck, berusia 19 tahun.
"Mangsa mengaku tiada hubungan seks bersama teman lelaki tetapi diragui," kata laporan itu. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "'Lari Ikut Teman Lelaki Rupanya'"
Catat Ulasan