SinarHairan

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 5 Feb 2016

loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pebadanan Aset Keretapi sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti berikut:-



Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN
Bahagian Teknologi Maklumat & Programming


Sebelum atau pada 05 Februari 2016


Hantar butir peribadi anda, resume ke : career.ict@rac.gov.my



Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi http://ift.tt/1KF2wUT



Perbadanan Aset Keretapi (PAK) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang diwujudkan di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463), berkuatkuasa pada 1hb. Ogos 1992, melalui Jilid 36 No.16 yang diwartakan pada 30hb Julai 1992.


Fungsi Perbadanan Aset Keretapi (PAK)

Fungsi-fungsi Perbadanan adalah:

Seksyen 89 (8)
Untuk mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan:-
Segala harta dan hak Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan Termansuh yang mana kuasa Seksyen 92 adalah terletakhak pada Perbadanan;
Segala harta yang terletakhak pada, atau dipegang atau diperolehi oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Ordinan Termansuh menurut kuasa Seksyen 93 adalah terletakhak pada Perbadanan, dan untuk mengurus dan mentadbir segala liabiliti berkenaan dengannya; dan
Untuk mengusahakan projek-projek bagi pemajuan atau pemajuan semula mana-mana infrastruktur atau kemudahan keretapi; dan

Untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini

Seksyen 92 (2)
Segala harta, hak dan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan Termansuh hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, terletakhak pada Perbadanan tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan dan segala sebutan mengenai “Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu”, “Keretapi Tanah Melayu:, atau “Pengurus Besar, Keretapi Tanah Melayu” berhubungan dengan mana-mana harta dalam apa-apa suratcara, suratikatan. Hakmilik, dokumen atau undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan seolah-olah segala sebutan sedemikian adalah sebutan mengenai “Perbadanan Aset Keretapi”.

Seksyen 93
Segala harta yang terletakhak pada, dipegang atau diperolehi oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Ordinan Termansuh hendaklah terletakhak pada Perbadanan di bawah Akta ini tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan bagi hakmilik, estet, atau kepentingan yang serupa dan selama pemegangan serupa sebagaimana ia telah terletakhak atau dipegang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini dan segala sebutan mengenai “Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” berhubungan dengan mana-mana harta dalam apa-apa suratcara, suratikatan, hakmilik, dokumen atau undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan seolah-olah segala sebutan sedemikian adalah sebutan mengenai “Perbadanan Aset Keretapi”.

loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 5 Feb 2016"

Catat Ulasan