SinarHairan

Berani Ke Najib Pecat Mukhriz....

loading...

UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
Mereka juga merayu Najib selaku Presiden UMNO membuat perubahan kepada kepimpinan tertinggi parti itu di peringat negeri.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membuat kenyataan itu selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, hari ini.
Dalam satu kenyataan beliau berkata, pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan dan Pengerusi UMNO negeri.
Seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.
Turut hadir, ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, kata sepakat itu dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.
Alasan lain diberikan, katanya termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri.
“Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan.
“Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah,” katanya.
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Berani Ke Najib Pecat Mukhriz...."

Catat Ulasan