loading...
Menghadapi kemelut yang sedang melanda politik UMNO di Kedah, satu kempen dengan hashtag #SayaSokongMukhrizMahathir telah dilancarkan.
Menariknya, kempen laman sosial, #SayaSokongMukhrizMahathir itu dimulakan oleh anak Mukhriz, Ally.Mukhriz menerusi laman Instagramnya.
Rata-rata pengikut di laman sosial menyokong tindakan Ally sebagai tanda sokongannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
Antara komen-komen yang diterima adalah seperti;
“Saya tetap sokong kepimpinan Mukhriz Mahathir,” kata maba091.
“I support both of the first and the last nama up there,” sokong farah_jeyhan.
“Kipidap @ally.mukhriz, keep support Datuk Seri Mukhriz Mahathir, #SayaSokongMukhrizMahathir,” kata mbrw88.
“#SayaSokongMukhrizMahathir walaupun saya bukan anak Kedah,” tulis Samer_nazry pula.
Sebelum ini Mukhriz telah diasak oleh UMNO Kedah yang merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggugurkannya sebagai Menteri Besar.
Mereka juga merayu Najib selaku Presiden UMNO membuat perubahan kepada kepimpinan tertinggi parti itu di peringat negeri.
Desakan itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas mengadakan perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar.
loading...
loading...
0 Response to "Anak Mukhriz lancar #SayaSokongMukhrizMahathir"
Catat Ulasan