SinarHairan

Tuan Rumah Mengamuk, Fatin 18 Tahun Bawa Tiga Jantan Masuk Bilik

loading...
Sejak kebelakangan ni banyak masalah sosial yang berlaku di Malaysia. Ada sahaja kes rogol, pukul, dan seks bebas yang berlaku hari demi hari. Sama juga seperti baru-baru ini, apabila seorang penyewa perempuan dikatakan ‘kantoi’ membawa tiga lelaki masuk ke rumah sewa.
Tuan rumah tersebut mengamuk apabila mendapat tahu bahawa Fatin, penyewa tersebut membawa lelaki berkenaan masuk ke rumah dan memecah masuk bilik penyewa lain. Pergh suka hati je!.
Keluar rumah sekarang!
Klik link ni untuk tengok video :

Wah bukan main ramai lagi lelaki yang Fatin bawa masuk ni. Perkara sebenar diceritakan oleh salah seorang penyewa rumah tersebut, Aini Khurairah di laman Twitter miliknya.
Fatin, 18, Kelantan
Menurut Aini, Fatin memecah masuk bilik pelajar lain yang sedang cuti semester. Katanya pada hari pertama Fatin masuk, dia sudah tidak sedap hati lagi. Ini kerana Fatin mengatakan dirinya berasal dari Pahang pada awalnya. Seolah-olah malu dengan negeri kelahirannya.
Curiga dengan perkara aneh
Ada satu hari ketika dia pulang ke rumah, bilik tengah yang sepatutnya kosong sewaktu itu terbuka suis lampu dan kipas. Lalu dia berasa pelik kerana bilik itu kepunyaan pelajar Sarawak yang pulang ke kampung halaman.
Selain itu, ada juga housemate lain beritahu ada dua individu masuk ke bilik berkenaan, satu free hair (lelaki sebenarnya) dan satu lagi bertudung. Apabila masuk ke bilik itu, Aini mendapati banyak puntung rokok dan makanan yang tidak habis dimakan.
Penipuan yang tiada kesudahannya
Bukan itu sahaja perbuatan aneh Fatin, kadang-kadang dia sengaja membiarkan pintu biliknya terbuka untuk melihat Aini sudah tidur atau belum. Mungkin mencari peluang untuk membawa masuk lelaki ke biliknya.
Semuanya terbongkar apabila satu hari Aini mengesyaki ada sekumpulan lelaki di dalam rumah tersebut apabila terdengar bunyi katil dalam bilik Fatin serta terjumpa beberapa pasang kasut lelaki.
Akhirnya kantoi juga
Takut dengan kejadian tersebut, dia terus menelefon tuan rumah. Rupanya kawan Fatin bukanlah penyewa dan rumah itu hanya disewakan kepada perempuan sahaja.
Video di atas menunjukkan kejadian dimana tuan rumah tiba dan terkejut dengan perlakuan Fatin yang tidak senonoh itu. Biliknya dipenuhi dengan bekas-bekas puntung rokok dan pad yang tidak dibasuh (masih berdarah). Kejadian ini berlaku di rumah sewa Seksyen 7, Shah Alam. Semoga wanita-wanita di luar sana ambil pengajaran dan janganlah jadi seperti Fatin. Maruah anda sangat mahal, ibu-bapa anda tidak membesarkan anda untuk melacurkan diri sendiri.
Sumber: https://ift.tt/2FBm52p
loading...
loading...

0 Response to "Tuan Rumah Mengamuk, Fatin 18 Tahun Bawa Tiga Jantan Masuk Bilik"

Catat Ulasan