SinarHairan

#KESAN DADAH ~ Tulang belakang Zamani Slam membengkok

loading...

PENYANYI Zamani Slam mengakui dia mempunyai masalah kesihatan.

Disebabkan itulah dia jarang muncul di kaca TV.

 Pun begitu, tambahnya, dia masih lagi menerima undangan menyanyi untuk majlis luar dan korporat.

 Zamani yang kini berumur 47 tahun memberitahu dia mengalami masalah tulang belakang.

 "Fizikal saya yang semakin kurus dan membongkok ini kerana saya menghidap masalah tulang belakang.
 "Saya akui kesan salah guna dadah suatu ketika dulu menyebabkan tulang saya membengkok. 
 "Saya masih menerima rawatan susulan, cuma saya sudah tidak mengikuti rawatan fisioterapi seperti sebelum ini," katanya kepada Gempak. 

 Ekoran masalah kesihatannya itu, Zamani berharap tiada pandangan negatif dilemparkan terhadapnya.

 "Tapi, apa-apa pun saya tidak boleh hendak menghalang apa jua yang mereka katakan," luahnya lagi.-SH
loading...
loading...

0 Response to "#KESAN DADAH ~ Tulang belakang Zamani Slam membengkok"

Catat Ulasan