SinarHairan

#ALFATIHAH ~ Komposer terkenal, Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia

loading...
Jenazah Allahyarham dijadualkan pulang semula ke tanah air pada hari ini. 

 KUALA LUMPUR - Komposer lagu-lagu irama Malaysia, Pak Ngah atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Mohd. Zain meninggal dunia pada pukul 3.02 petang ini di Batam, Indonesia.

 Menurut wakil Pak Ngah Record, Taufiq, komposer popular itu bercuti bersama beberapa ahli keluarga di Indonesia dan dijadualkan pulang semula ke tanah air pada hari ini.

 “Saya juga terkejut apabila dimaklumkan berita itu daripada ahli keluarganya. Maaf buat masa sekarang saya tidak boleh berkongsikan sebarang maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online tadi.

 Antara lagu yang dihasilkan oleh Allahyarham ialah Cindai, Hati Kama dan Balqis. - K! ONLINE
loading...
loading...

0 Response to "#ALFATIHAH ~ Komposer terkenal, Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia"

Catat Ulasan