SinarHairan

#CETAK ROMPAK ~ Sila padam video Munafik 2: Syamsul Yusof

loading...

SELEPAS filem Munafik 2 dilaporkan menjadi mangsa cetak rompak apabila dirakam secara haram di pawagam, pengarah dan pelakon utamanya, Syamsul Yusof tampil memberikan amaran keras kepada individu yang bertanggungjawab.

 Menurut Syamsul, bukan sesuatu yang sukar untuknya menjejaki pelaku terbabit, malah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan.

 “Kalau nak upload atau share filem Munafik 2 yang masih lagi tayang di pawagam, takut nanti surat lawyer sampai depan rumah. 
 “Bukan susah nak trace IP address orang yang upload tu. Siap boleh dapat IC no sekali, dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM). 
 “Kadang-kadang lepas bagi amaran, mereka terus block saya tapi mereka tak tahu team saya lagi 20 orang boleh tengok FB/YouTube channel mereka. Ada yang masih tak faham apa yang mereka buat ni sebenarnya salah besar di sisi undang-undang Malaysia,” tulisnya di laman Instagram.


Dalam pada itu, Syamsul juga menggesa agak individu terbabit memadam video yang telah dikongsi di laman sosial sebelum pihaknya mengambil tindakan.

 “Sila padam video Munafik 2 sebelum IP address anda dikunci. Dengan ini amaran telah diberikan pada anda bertarikh 19 September 2018. Amaran ini akan diguna pakai di mahkamah persekutuan sebagai bukti kukuh jika gagal dipatuhi. 
 “Dakwaan bawah akta hak cipta 1987, denda RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. 
 “Video yang melebihi 15 saat telah melanggar Copyright Infringement Law. Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan kes ke atas anda. Harap maklum,” tegas Syamsul lagi. 

 Munafik 2 telah memecahkan rekod sebagai filem Melayu pertama mendapat kutipan paling tinggi sebanyak RM40 juta dalam tempoh 17 hari ditayangkan.

 Selain Syamsul, filem ini turut dibintangi Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

sumber
loading...
loading...

0 Response to "#CETAK ROMPAK ~ Sila padam video Munafik 2: Syamsul Yusof"

Catat Ulasan