SinarHairan

Ziana Zain sah bercerai talak satu

loading...
Ziana Zain sah bercerai talak satu

Kemelut kes penceraian penyanyi terkenal, Ziana Zain akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Lafaz talak tersebut dilafazkan oleh Armin Zaharin pukul 2.48 petang di hadapan Hakim Syarie Mohd. Nizar Mohtar. Mohd. Nizar dalam penghakimannya memberitahu, talak tersebut adalah menerusi talak rajie' dengan Ziana Zain sebagai plantif perlu idah selama tiga bulan.

"Kamu berdua juga perlu mendaftarkan penceraian di Pejabat Agama Daerah Petaling.

"Berhubung isu penjagaan dan lawatan anak-anak, boleh memfailkannya di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

Penceraian kedua-dua mereka mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Terdahulu, Armin Zaharin memohon supaya untuk berjumpa dengan empat orang anaknya sebelum melafazkan cerai tersebut.

Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, hadir memakai jubah serba hitam dengan diwakili peguam Syarie Yusfa Hanis Yussoff.

Ziana Zain sah bercerai talak satu

Turut hadir pada prosiding itu adalah adik Ziana yang merupakan penyanyi, Shahrul Anuar Zain atau Anuar Zain. Sementara itu, Armin Zaharin hadir dengan memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam.

Pada 3 April lalu, Ziana yang popular dengan lagu Putus Terpaksa dan Berpisah Jua menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.

Difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka.

Sepanjang perkahwinan Armin dan Ziana sejak 9 Mei 1998, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9

Ziana Zain sah bercerai talak satu


Ziana Zain sah bercerai talak satu


Sumber : - K! ONLINE

loading...
loading...

0 Response to "Ziana Zain sah bercerai talak satu"

Catat Ulasan