SinarHairan

#TAHNIAH ~ A. Aida nikah kekasih muda Sabtu ini

loading...
Kad perkahwinan penerbit A. Aida. 

 Selepas dilamar kekasih hati pada 5 Julai lalu, akhirnya penerbit Datuk A. Aida bakal menamatkan zaman jandanya pada majlis akad nikah yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

 A. Aida, 47, dan Ariff Aziz, 29, bakal disatukan sebagai suami isteri pada pukul 9 malam di kediamannya yang terletak di Ampang, Selangor.

 Terdahulu, A. Aida menerima kejutan daripada kekasih berbeza usia 18 tahun itu yang melamarnya dengan menyerahkan sebentuk cincin Solitaire bertatahkan berlian sebagai simbolik lamaran.

 A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali iaitu pada 1994 termasuk bersama vokalis kumpulan Spring, Ameng.

 Selepas itu, A. Aida bertemu jodoh dengan seorang anggota polis sebelum bercerai dan dengan Suffian Sulaiman pada 2007.

 Namun perkahwinan ketiganya turut menemui kegagalan apabila bercerai pada 2013. - K! ONLINE
loading...
loading...

0 Response to "#TAHNIAH ~ A. Aida nikah kekasih muda Sabtu ini"

Catat Ulasan