SinarHairan

#TAHNIAH ~ A. Aida sah bergelar isteri pelakon muda Ariff Aziz

loading...
AIDA (dua dari kanan) dan Ariff (tiga dari kanan) bernikah di Hotel Dorsett Grand, Subang Jaya. 

 Hanya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Ariff Aziz penerbit terkenal, Datuk A.Aida sah bergelar isteri dengan dua kali lafaz pada majlis pernikahannya, malam tadi.

 Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Mohammad Imran Nasohah, Imam 2, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

 ARTIKEL BERKAITAN: #TAHNIAH ~ A. AIDA NIKAH KEKASIH MUDA SABTU INI 

 A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 47, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000 daripada Ariff, 29.

 Pelakon drama Dia itu turut menghadiahkan A.Aida dua barangan mewah berupa jam tangan jenama Cartier dan beg tangan Hermes.

 Sementara itu, A.Aida pula membalas lima dulang hantaran termasuk jam tangan jenama Hublot, sebentuk cincin, beg clutch Louis Vuitton dan minyak wangi Chanel.

 Pasangan itu menzahirkan rasa lega apabila majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Dorsett Grand, Subang Jaya itu berjalan dengan lancar.
loading...
loading...

0 Response to "#TAHNIAH ~ A. Aida sah bergelar isteri pelakon muda Ariff Aziz"

Catat Ulasan