SinarHairan

Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh

loading...
Najib bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melambai kepada penyokong semasa hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Syukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib selaku pemohon memfailkan tiga saman pemula ex-parte (sebelah pihak) secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Jun lepas menerusi Tetuan Badrul Samad Faik & Co bagi memohon deklarasi bahawa pembabitan ketiga-tiga individu itu selaku responden dalam penyiasatan 1MDB adalah tidak sah dan memprejudiskannya selain memohon kos serta perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.

Pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norhatini Abd. Hamid pada 16 Julai. Media memperoleh salinan saman pemula itu hari ini.

Dalam afidavit sokongan yang dikemukakan bersama saman itu, Najib mendakwa Thomas semasa belum dilantik sebagai Peguam Negara telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Grand Lacerny in 1MDB’ pada Julai 2016 dan merumuskan bahawa wang dimasukkan ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri ketika itu adalah wang 1MDB.

Najib mendakwa pendirian Thomas melalui artikel itu jelas tidak menyukainya dan melahirkan kebimbangannya bahawa Peguam Negara akan mencari jalan untuk mengenakan satu pertuduhan terhadapnya dengan apa alasan sekalipun selain mendakwa Thomas tidak sepatutnya terlibat dalam siasatan 1MDB. - Bernama

Sumber: Kosmo Online
loading...
loading...

0 Response to "Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh"

Catat Ulasan