SinarHairan

Sayu : Janji manis pampasan MH17 yang tidak kunjung tiba

loading...
Shah Alam: Beberapa waris mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 kesal kerana masih belum menerima pampasan dan bantuan seperti dijanjikan. 

Wakil kumpulan terbabit, Mohamed Affendi Khairuddin, 44, berkata, dia bersama beberapa waris seolah-olah diketepikan sehingga tercicir daripada menerima bantuan serta pampasan berkenaan.

Suami kepada Allahyarhamah Mastura Mustafa itu berkata, kali terakhir dia dihubungi pihak MAS ialah mengenai pembahagian pampasan yang memerlukan prosedur sangat rumit tanpa memberikan sebarang alternatif lain.

“Kami adalah kumpulan yang terdiri daripada beberapa waris MH17 yang diketepikan MAS dalam soal pembahagian pampasan.

“Ada di antara kami yang mempunyai anak masih bersekolah dan masih menunggu jalan penyelesaian. Persoalannya, berapa lama lagi perlu kami tunggu?” katanya selepas majlis tahlil di kediaman isteri Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin di Alam Impian, di sini, semalam. -Harian Metro
loading...
loading...

0 Response to "Sayu : Janji manis pampasan MH17 yang tidak kunjung tiba"

Catat Ulasan