SinarHairan

Kuala Krai mula dinaiki air

loading...

Hujan lebat berterusan sejak pagi menyebabkan beberapa kampung di kawasan rendah sekitar daerah ini dinaiki air dan masih belum surut.
Antara kampung terjejas termasuk Kampung Bedal, Kampung Bukit Sireh, Kampung Chenulang, Kampung Pasir Jering, Kampung Dusun Ban, Batu Pagar, Kampung Dusun Bunut dan Kampung Kebun Pisang.
Bagaimanapun Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada penduduk setakat 7 malam tadi.

"Tiada penduduk menghubungi untuk bantuan berpindah dan kami percaya air memenuhi perkarangan rumah penduduk disebabkan hujan berterusan dan tidak membahayakan.
"Namun, kami tetap bersedia pada bila-bila masa sekiranya keadaan lebih buruk," katanya ketika dihubungi, di sini.
Sejak pagi, beberapa daerah di Kelantan mengalami hujan lebat termasuk Kuala Krai dan Kota Bharu.
loading...
loading...

0 Response to "Kuala Krai mula dinaiki air"

Catat Ulasan