SinarHairan

Sayu : Budak perempuan 5 tahun mangsa dera ibu tiri sehingga maut (6Gambar)

loading...
Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa dera ibu tiri sehingga menemui ajal, Adik Nur Asmieranda mengalami kecederaan teruk yang mengakibatkan diri nya meninggal dunia, kini ibu tiri mangsa telah di dakwa yang mengakibat kan kematian adik Nur .. ikuti Laporan Akhbar Kosmo.
SHAH ALAM : Seorang suri rumah berdepan hukuman mati di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun, minggu lalu.




Zuraidah Basuki, 36, didakwa membunuh Nurul Asmieranda Amran di premis No. 20, Lorong Cakera Purnama 12/28, Bandar Puncak Alam, di sini antara pukul 10 malam, 19 November lalu dan 2 pagi keesokan harinya.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang turut mempunyai seorang anak lelaki.
Majistret Norshakinah Ahmad Kamaludin menetapkan sebutan semula kes pada 16 Disember ini bagi mendapatkan laporan bedah siasat. - Bernama
loading...
loading...

0 Response to "Sayu : Budak perempuan 5 tahun mangsa dera ibu tiri sehingga maut (6Gambar)"

Catat Ulasan